Transformasi Dapur Rumah PPAM

SHARE artikel ini:

Perkongsian: Mohd Faisal di FB Group Dekorasi Rumah Idaman

Transformasi dapur saya ni dari ruang kosong sehingga siap. Rumah PPAM di Putrajaya. Konsep rumah saya ni adalah ruang terbuka. Bermaksud dapur dan ruang tamu bergabung terus. Tiada dinding. Kalau memasak memang orang akan nampak. Ada yang suka dan ada juga yang tidak selesa. Bagi saya yang bujang ni saya suka sebab ia lebih selesa. Tapi bila dan terbuka macam ni. Memang nak kena sentiasa bersih.

Yang best bila dapur macam ni, senang nak OOTD. Boleh buat photoshoot raya, birthday dan juga sesuai dijadikan ruang “Bekerja Dari Rumah”.

Saya ada dapur basah juga. Wajib ada. Sebab kalau masak kat dalam, takut rumah kotor. Ruang dobi diluar saya tukarkan jadi dapur basah.

Boleh lihat pada gambar untuk penerangan keseluruhan.

Pandangan ruang dapur dan pintu masuk dari ruang tamu. Ada dinding pendek tu saja memisahkan.
Ini ruang keseluruhan dapur. Dalam 10kaki X 8 kaki. Dinding tu saya pecahkan.
Buat dulu siling kapur dan wiring siap-siap. Dinding pon dah di pecahkan, sinki pon dah cabut.
Ini rupa bila dah siap renovate kerja-kerja hacking dan wiring. Memang saya beli dengan pemaju tiles bagi sama.
Ini kabinet yang baru sampai. Belum dipasang
Ini semasa mula pasang kabinet. Disebakan ruang rumah saya sempit. Saya terus build-in meja makan, merangkap ‘peninsula’. Jadi meja makan akan bersambung terus dengan kabinet dapur.
Siap pasang. Double cek semua pintu.
Hos dapur belum dipasang lagi. Oven sahaja dah pasang dulu. Wiring oven dan hos dapur direct terus dari box elektrik.
Ini masa pasang quartz stone. Actually ada masalah masa pasang ni. Tersalah lubang dapur. Mereka kena bawa balik semula untuk baiki.
Lepas siap pasang quartz stone. Pasang hos dapur pula. Alhamdulillah tiada masalah.
Ini rupa bila semua dah siap pasang dengan sempurna. Tengah basuh dapur masa ni. Habuk banyak.
Ini masa baru pindah barang dari rumah lama. Ya Allah banyak gila. Memang satu-satu susunnya. Banyak sedekah pada orang aja.
Dapur basah saya.

Tuan Mohd Faisal merupakan pemenang Kontes bulan Jun 2021 di FB Group Dekorasi Rumah Idaman. Sertai group untuk berpeluang memenangi perabot PERCUMA setiap bulan!

SHARE artikel ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search