Smart Plug Wifi
Perkongsian: Najmi Farisham
Dah seminggu lebih saya guna Smart Plug WiFi ini. Memang terbaik dan berpuas hati! Ia menjimatkan masa dan tenaga kita.
Tak usah penat fikir lagi dah. Semuanya di hujung jari dan automatik sekarang.
Kita boleh kawal ON/OFF setiap alat eletronik yang ada di rumah dengan hanya menggunakan aplikasinya sahaja.
Biarpun kita duk di negeri lain, negara lain. Bahkan kalau duk dalam bilik sekalipun malas nak keluar, boleh sangatlah.
Sungguh ni, percaya tak?
Antara kelebihan plug ini:
- Boleh ON/OFF plug guna aplikasi sahaja.
- Boleh setkan masa nak ON/OFF bila. Contoh 8 malam, ON. OFF balik pada 6 pagi. Semuanya automatik.
- Boleh setkan ON/OFF berdasarkan suhu sekitar kawasan. Contoh kalau suhu kawasan rumah kita mencecah 30 darjah, plug automatik ON.
- Boleh setkan ON/OFF berdasarkan lokasi semasa kita. Contoh kita set plug auto ON bila kita sampai ke KL. Maka bila kita sampai KL, ia akan ON secara automatik.
- Boleh setkan countdown bila nak ON/OFF.
Bahkan lebih menarik, kita boleh bagi arahan suara ja macam Jarvis dalam cerita Iron Man. Fuh, power woih.
“Alexa, buka lampu.”
Tup, buka.
“Alexa, panaskan periuk nasi.”
Tup, rice cooker menyala.
Terpulanglah nak sambung plug ini dengan suis apa. Lampu ke, peti ais ke, charger telefon ke, kipas ke, pemanas ke, atau lain-lain. Ikut apa yang kita nak guna.
Plug ini juga boleh detect penggunaan letrik yang tinggi.
Yang paling penting, kena sambungkan plug ini dengan WiFi supaya lancar setiap urusan.
Barulah kita boleh kawal dari jauh.
Bagi saya sangat berbaloi dan bermanfaat. Saya beli online, tak sampai RM30 pun harganya. Tak sangka pula secanggih ini. Fuh!
Murah dari ShopeeHome
Jangan lupa FOLLOW semua Telegram Channel ini Juga!