Projek DIY Gelung Floral Napkin Holder

SHARE artikel ini:

Sekiranya anda adakan majlis makan-makan, dekorasi meja makan di mana segala makanan dihidangkan juga perlu dititikberatkan. Setting meja yang cantik akan meningkat mood suasana sekeliling.

Antara idea kecil yang boleh menaikkan seri meja adalah penggunaan gelung napkin yang cantik. Dan paling best, anda boleh buat sendiri napkin holder ini!

Jom lihat bagaimana cara mudah untuk anda sediakan gelung floral napkin holder ini secara DIY!

Antara peralatan yang diperlukan adalah:

  1. Floral wire
  2. Floral tape
  3. Cutter pemotong wayar
  4. Succulent dan bunga
  5. Reben kain
  6. Gunting

Langkah 1

Ukur floral wire dan buatkan gelung mengelilingi napkin, diameter lebih kurang 2 inci.

Langkah 2

Cucukkan wayar pada batang succulent. Ikat kepada gelung yang dibuat tadi, kemudian balut dengan floral tape.

Langkah 3

Letak dan susun beberapa bunga lain di keliling succulent membentuk mini bouquet dan balut dengan floral tape.

Langkah 4

Akhir sekali, balut gelung dengan reben kain.

Langkah 5

Masukkan gulungan napkin ke dalam gelung floral dan setkan cantik di atas pinggan.


Jangan lupa FOLLOW semua Telegram Channel ini Juga!

SHARE artikel ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search