Dekorasi Tema Pastel
Dekorasi tema pastel mampu menjadikan suasana yang tenang dan nyaman kepada sesebuah ruang. Lembut dan sejuk; pasti memikat hati penghuni rumah.
Tapi anda harus ingat penggunaan warna pastel harus diolah dengan teliti untuk mengelak ruang nampak hambar dan tidak menarik.
HIASAN RUANG TAMU DENGAN KONSEP “LESS IS MORE”
Sebagai pengenalan kepada warna pastel; ia sebenarnya merupakan gabungan antara sesuatu warna dengan warna putih. Warna yang terhasil akan menjadi lebih lembut dari warna asalnya.
Satu kelebihan yang ada pada warna pastel, ianya sesuai untuk pelbagai jenis konsep hiasan. Moden atau kontemporari sehinggalah kepada minimalis, warna ini mampu dipadankan dengan tema.
Tetapi anda harus berhati-hati untuk tidak mencacatkan ruang. Jangan terlalu padat dengan perabot atau aksesori hiasan. Konsep “less is more” lebih memberi gambaran pada anda.
Murah dari ShopeeHome
Jangan lupa FOLLOW semua Telegram Channel ini Juga!